Home Nasional Tengku Mahkota Kelantan dimasyhur Pro-Canselor UMK
Nasional

Tengku Mahkota Kelantan dimasyhur Pro-Canselor UMK

Tengku Mahkota Kelantan dimasyhur Pro-Canselor UMK

Tengku Mahkota Kelantan, Pro-Canselor UMK

BACHOK, 6 Mei – Tengku Mahkota Kelantan,Tengku Muhammad Fakhry Petra dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Watikah pemasyhuran dipersembahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dalam satu istiadat penuh istiadat di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok.

Pada istiadat itu, Tengku Muhammad Fakhry turut berkenan menyampaikan ijazah kepada 123 graduan UMK pada sidang pertama konvokesyen melibatkan 53 graduan Ijazah Doktor Falsafah, 44 graduan Ijazah Sarjana Mod Penyelidikan dan 22 Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan serta empat Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA).

Dalam ucapan aluan, Naib Canselor menyifatkan ketokohan baginda yang menjunjung tinggi nilai ilmu dan pembangunan modal insan diyakini dapat menyumbang besar kepada kemajuan UMK sebagai institusi pendidikan tinggi berteraskan keusahawanan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....