Home Nasional Tenaga boleh baharu: PETRA laksana 4 strategi utama perkasa peralihan tenaga
Nasional

Tenaga boleh baharu: PETRA laksana 4 strategi utama perkasa peralihan tenaga

Tenaga boleh baharu: PETRA laksana 4 strategi utama perkasa peralihan tenaga

Akmal Nasrullah Mohd Nasir / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Empat strategi utama digunakan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi memperkasa pembangunan tenaga solar, angin dan hidro dalam negara beralih kepada tenaga boleh diperbaharui.

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata langkah-langkah tersebut termasuk pembangunan loji jana kuasa solar berskala besar.

\”Kedua, menggalakkan pemasangan sistem solar di bumbung bangunan melalui program kita panggil net energy metering ataupun NEM dan juga solar for Self-Consumption ataupun SELCO.

\”Ketiga melaksanakan pembangunan loji jana kuasa TBB yang dibiayai secara langsung oleh pengguna elektrik hijau melalui skim yang kita panggil Corporate Renewable Energy Supply Scheme ataupun CRESS,\” katanya.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Senator, Roderick Wong Siew Lead di Dewan Negara di sini hari ini.

Pelaksanaan inisiatif tersebut akan menyumbang kepada aspirasi peralihan tenaga negara termasuk mencapai sasaran 31 peratus tenaga boleh baharu dalam pembekalan elektrik 2025.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....