Home Nasional Tempoh pencalonan ASA 2024 dilanjutkan
Nasional

Tempoh pencalonan ASA 2024 dilanjutkan

Tempoh pencalonan ASA 2024 dilanjutkan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 16 Julai– Tempoh pencalonan Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024, secara dalam talian dilanjutkan sehingga 19 Julai.

Jawatankuasa Publisiti dan Promosi ASA 2024 menerusi kenyataan memaklumkan semua pencalonan perlu dikemukakan melalui organisasi penyiaran berlesen.

\”Bahan yang dipertandingkan perlu disiar buat kali pertama menerusi stesen penyiaran serta platform media baharu bagi tempoh antara 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2023,\” kata kenyataan itu.

Sepanjang tempoh pencalonan, Kementerian Komunikasi turut menyediakan kemudahan untuk mengakses dan mengemukakan pencalonan melalui Sistem Pencalonan Anugerah Seri Angkasa (myASA) yang terletak di Makmal Komputer B, Aras 19, Kompleks Kementerian Komunikasi.

Semua stesen penyiaran kerajaan dan swasta dipelawa untuk merujuk dan mengemukakan pencalonan bagi 60 kategori secara dalam talian melalui laman web, https://www.anugerahseriangkasa.gov.my/.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....