Home Nasional Tebing runtuh: Status pembinaan ditentukan selepas laporan penuh
Nasional

Tebing runtuh: Status pembinaan ditentukan selepas laporan penuh

Tebing runtuh: Status pembinaan ditentukan selepas laporan penuh

Selangor akan meneliti laporan penuh insiden runtuhan tebing sungai di projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau/Foto Bernama

SHAH ALAM, 9 September– Selangor akan meneliti laporan penuh insiden runtuhan tebing sungai semasa pelaksanaan projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) sebelum membuat keputusan untuk penyambungan semula projek berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Ir. Izham Hashim telah ke lokasi kejadian bagi menyiasat dan mengenal pasti nilai kerugian.

\”Kalau melibatkan kelemahan struktur yang dibina oleh pemaju berkenaan atau kontraktor yang diberi tanggungjawab, saya rasa setiap projek ada insuran,\” katanya.

Menurut Amirudin dengan perlindungan insurans, pastinya kos kerugian bagi kerosakan berkenaan akan ditanggung atau dibayar oleh syarikat insurans.

Beliau bagaimanapun menjangkakan tiada peningkatan kos yang ketara kerana insiden itu hanya melibatkan runtuhan ban atau tebing sungai namun keputusan muktamad mengenai status projek dapat dibuat setelah laporan penuh kejadian diterima kelak.

Semalam, Izham dilaporkan berkata siasatan komprehensif untuk mengenal pasti punca kejadian itu akan diketuai Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang telah melantikkonsultan yang mempunyai kepakaran bidang berkaitan bagi kerja-kerja penyiasatan itu.

Katanya, laporan lengkap untuk mengenal pasti punca insiden itu akan dikemukakan dalam masa tiga bulan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang pada Sabtu lepas, tebing di projekberkenaan runtuh menyebabkan limpahan air sungaimemasuki bahagian hadapan tapak pembinaan namun tiada kecederaan dilaporkan. -BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

  • Runtuhan tebing sungai : MB masih tunggu laporan penuh insiden
  • Tebing sungai runtuh: Projek ikut prosedur ditetapkan – Exco
  • Tebing sungai runtuh, kerja pembinaan henti sementara – Gamuda
  • Runtuhan tebing sungai di Puchong – Bomba

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....