Home Nasional Taufan Shanshan: Rakyat Malaysia di Jepun dinasihat waspada
Nasional

Taufan Shanshan: Rakyat Malaysia di Jepun dinasihat waspada

Taufan Shanshan: Rakyat Malaysia di Jepun dinasihat waspada

Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 28 Ogos– Rakyat Malaysia yang berada di Wilayah Kagoshima, Pulau Kyushu, Jepun dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berhati-hati berikutan amaran kecemasan mengenai Taufan Shanshan yang dikeluarkan oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA) awal Rabu.

Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo menerusi laman Facebooknya turut menggesa rakyat Malaysia supaya mengelakkan perjalanan yang tidak perlu di kawasan terjejas atau ke kawasan terjejas.

“Ketika ini, taufan yang diklasifikasikan sebagai ‘sangat kuat’ dijangka membawa hujan lebat, angin kencang, ombak tinggi, laut bergelora, dan berisiko menyebabkan tanah runtuh serta sungai banjir,” menurut pengumuman itu.

Taufan Shanshan dilaporkan sedang menghampiri Wilayah Kagoshima, dengan kesannya dijangka berlarutan hingga hujung minggu, menurut kedutaan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsul boleh menghubungi kedutaan melalui nombor telefon +81-3-3476-3840 (waktu pejabat), +81-80-4322-3366 (kecemasan) atau melalui e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Menurut Agensi Berita Kyodo, JMA telah mengeluarkan amaran taufan khas yang jarang berlaku untuk kebanyakan bahagian Wilayah Kagoshima di barat daya negara itu ketika Taufan Shanshan yang kuat menghampiri.

Taufan itu sedang bergerak ke arah utara di selatan Pulau Yakushima di luar wilayah berkenaan dan boleh mendarat di pulau utama barat daya Kyushu pada Khamis, lapor agensi itu.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....