Home Nasional Taufan Gaemi: Tiada rakyat Malaysia di Taiwan terkesan
Nasional

Taufan Gaemi: Tiada rakyat Malaysia di Taiwan terkesan

Taufan Gaemi: Tiada rakyat Malaysia di Taiwan terkesan

WISMA PUTRA (Banjir di Taiwan susulan hujan lebat yang dibawa Taufan Gaemi/AFP)

PUTRAJAYA, 25 Julai- Tiada rakyat Malaysia di Taiwan dilaporkan terlibat atau terjejas dengan Taufan Gaemi, setakat petang tadi, menurut Wisma Putra.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

\”Kementerian Luar Negeri, melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, sedang memantau dengan teliti laluan Taufan Gaemi.

\”Sehingga pukul 5.00 petang, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat atau terjejas oleh taufan tersebut,\” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wisma Putra memaklumkan, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei melalui alamat — 8th Floor, San Ho Plastic Building, No.102, Dun Hua North Road, Taipei, Taiwan — atau talian +886 2 2713 2626 — atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Gaemi dilapor telah melintasi Taiwan dan mendarat di pulau itu pada awal pagi hari ini waktu tempatan.

BERITA BERKAITAN

  • Taiwan siap sedia hadapi ketibaan Taufan Gaemi
  • Taufan Gaemi: Taiwan umum \’cuti bencana\’ hari ini
  • Taufan Gaemi: Malaysia Airlines batal penerbangan MH366, MH367

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....