Home Nasional Taraf kewarganegaraan atlet warga asing perlu diteliti
Nasional

Taraf kewarganegaraan atlet warga asing perlu diteliti

Taraf kewarganegaraan atlet warga asing perlu diteliti

 Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah di Dewan Negara hari ini/Facebook Rasmi KDN

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Pemberian kewarganegaraan kepada atlet warga asing melalui proses naturalisasi tidak dilakukan secara automatik, sebaliknya tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan serta syarat ketat yang ditetapkan, kataTimbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Shamsul Anuar menegaskan bahawa proses itu dilaksanakan secara teliti dengan mengambil kira kepentingan negara secara keseluruhan termasuk menilai merit dan sumbangan signifikan atlet kepada Malaysia.

“Pemberian kewarganegaraan bukan semata-mata bergantung kepada keperluan sukan, tetapi tertakluk kepada pematuhan penuh terhadap syarat dan kriteria yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

\”Walaupun atlet berpotensi menyumbang kepada pencapaian sukan negara, jika tidak memenuhi syarat, permohonan mereka tidak akan dipertimbangkan,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau turut menepis dakwaan bahawa proses naturalisasi dilakukan dengan mudah, sebaliknya menegaskan bahawa pemberian taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi yang tidak diberikan sewenang-wenangnya.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa memproses permohonan kewarganegaraan berdasarkan perlembagaan dan syarat yang ditetapkan. Pemberian kewarganegaraan adalah sesuatu yang sangat tinggi nilainya, justeru KDN amat teliti dan berhati-hati dalam setiap keputusan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Setia Salehuddin Saidin mengenai kriteria pemberian status warganegara Malaysia kepada pemain bola sepak luar negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....