Home Nasional Tanah runtuh di Taman Cheras Jaya – Bomba
Nasional

Tanah runtuh di Taman Cheras Jaya – Bomba

Tanah runtuh di Taman Cheras Jaya – Bomba

FOTO BOMBA KAJANG

CHERAS, 2 April- Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Taman Cheras Jaya, di sini, malam tadi, namun tidak membabitkan kerosakan struktur kediaman atau kemalangan jiwa.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mazlan Mohmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.20 malam sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian melibatkan tanah runtuh di belakang rumah teres dengan ketinggian dianggarkan 10 kaki pada jarak lapan meter dari bahagian belakang rumah.

Pemantauan telah dijalankan dan penduduk terbabit dinasihatkan berpindah ke kawasan lebih selamat sebagai langkah berjaga-jaga.

Kes diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....