Home Nasional Tahap keselamatan siber negara masih lemah – PM
Nasional

Tahap keselamatan siber negara masih lemah – PM

Tahap keselamatan siber negara masih lemah – PM

Sambutan Bulan Keselamatan Negara 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini/Foto PMO

PUTRAJAYA, 30 Julai – Kerajaan akan memperkenalkan peraturan dan rang undang-undang (RUU) keselamatan siber bagi mengawal tahap keselamatan siber di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tahap keselamatan siber Malaysia masih berada di tahap lemah berbanding negara lain.

\”Serangan siber masih dalam urutan keutamaan dan ini memerlukan satu tumpuan, latihan kepakaran dan jaringan syarikat serta badan risikan yang boleh dimanfaatkan.

\”Dalam kerangka kerja, kita telah berikan tumpuan latihan dan persiapan awal supaya siber sekuriti dalam keadaan baik dan kita adakan juga jaringan dengan negara-negara agak bersahabat supaya boleh beri kerjasama, bantuan dan meningkatkan keupayaan kita,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Bulan Keselamatan Negara 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Beliau turut menepis dakwaan tindakan kerajaan memperkenalkan undang-undang dan pelesenan baharu bagi pengendali media sosial bertujuan mengekang kebebasan bersuara rakyat.

Tambahnya, Malaysia adalah sebuah negara demokratik dan kebebasan diberikan dalam menyuarakan pandangan sama ada bersetuju atau menentang tindakan kerajaan.

Jelas Anwar, media sosial telah digunakan dengan salah bagi pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan buli sehingga menyebabkan kejadian bunuh diri, eksploitasi kanak-kanak untuk tujuan seks serta scam yang mencecah lebih RM2.5 bilion.

\”Hal ini harus difahami rakyat kerana dalam soal keselamatan diri, harga maruah mesti diberi keutamaan,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....