Home Nasional Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA lain
Nasional

Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA lain

Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA lain

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita

LUMUT, 24 Januari – Ujian asas fardu ain dan kelancaran bacaan al-Fatihah sebagai syarat wajib memasuki institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang lain.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata syarat tersebut, perlu disokong ibu bapa kerana ia diyakini melahirkan pelajar berdisplin dengan nilai kerohanian yang tinggi.

\”Saya menyokong saranan jika syarat ini dikenakan ke atas semua pelajar bukan hanya di GiatMARA, tetapi juga instutisi lain seperti IKM (Institut Kemahiran MARA), dalam Islam soal syahadah ini bukan paksaan tetapi kewajipan, alangkah baiknya selain menjadi ahli profesional, mereka juga menjadi ahli ibadah,\” kata Ahmad Zahid.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas melawat Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL-MIMET), di sini.Turut hadir pada majlis itu ialah, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Semalam, media melaporkan (BH) Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pelajar kemasukan baharu di 232 institusi TVET GiatMARA, diwajibkan melalui ujian asas fardu ain termasuk kelancaran bacaan al-Fatihah.

Asyraf dipetik berkata beliau mengarahkan ujian khas terbabit diperkenalkan berikutan ada dalam kalangan pelajar institusi itu dikenal pasti lemah dalam aspek agama.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pelajar bukan Islam tidak perlu bimbang mengenai ujian asas fardu ain bagi kemasukan baharu di TVET GiatMARA.

Beliau berkata, syarat tersebut hanya diwajibkan bagi kemasukan pelajar Islam sahaja.

\”Tidak, kita tidak paksa. Laa Ikraaha Fiddiin (Ayat suci Al- Quran). Mereka tidak perlu bimbang. Jangan bimbang. Kamu dengan agama kamu, aku dengan agama aku. Maksudnya kita hormati agama yang berbeza. Jadi ini harus difahami. Ini memang pegangan,\” kata Ahmad Zahid.

Related Articles

Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil
Nasional

Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin / Foto RTMSEKINCHAN, 2 Februari-Kerajaan Selangor...

Lebih 200,000 pengunjung hadiri 'Penang Miao Hui'
Nasional

Lebih 200,000 pengunjung hadiri 'Penang Miao Hui'

Foto RTMGEORGETOWN. 2 Februari-Lebih 200,000 pengunjung menghadiri acara kebudayaan \’Penang Miao Hui\’...

Karnival Madani PDRM, erat hubungan bersama komuniti Perlis
Nasional

Karnival Madani PDRM, erat hubungan bersama komuniti Perlis

Foto RTMMATA AYER, 2 Februari– Lebih 3,000 komuniti setempat memeriahkan Karnival Madani...

Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak
Nasional

Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak

Foto RTMKUALA PERLIS, 2 Februari– Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs) menghulurkan sumbangan...