Home Nasional SWCorp kumpul, agih 9.2 tan lebihan makanan Bazar Ramadan
Nasional

SWCorp kumpul, agih 9.2 tan lebihan makanan Bazar Ramadan

SWCorp kumpul, agih 9.2 tan lebihan makanan Bazar Ramadan

Khalid Mohamed (tiga kiri) pada Program My Save Food Negeri Melaka di Bazar Ramadan MITC semalam/RTM

AYER KEROH, 18 Mac- Sebanyak 9.2 tan lebihan makanan di 99 Bazar Ramadan yang masih selamat dimakan dari enam negeri berjaya dikumpul dan diagihkan kepada golongan memerlukan setakat 12 Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Khalid Mohamed berkata inisiatif itu dilaksanakan menerusi projek My Save Food @Ramadan SWCorp bagi mengurangkan pembaziran makanan sepanjang bulan Ramadan.

\”Tahun lepas, sebanyak 60.7 tan lebihan makanan dengan nilai RM700,026 berjaya dikumpul daripada 149 Bazar Ramadan di negeri-negeri bawah konsesi SWCorp. Tahun ini, kami menjangkakan jumlah yang hampir sama,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program My Save Foodnegeri Melaka di Bazar Ramadan MITC di sini semalam.

Di Melaka, SWCorp berjaya mengumpul 4.8 tan lebihan makanan di empat Bazar Ramadan iaitu Bazar Ramadan MITC, Bazar Ramadan Peringgit, Bazar Ramadan Jasin Bistari dan Bazar Ramadan Pasar Menggong, Alor Gajah.

Usaha berkenaan diharap dapat membantu mengurangkan pembaziran serta memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan sepanjang Ramadan.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...