Home Nasional Sultan Selangor berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat
Nasional

Sultan Selangor berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat

Sultan Selangor berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) bersalaman dengan Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah (kanan) ketika berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil, Doa Selamat dan Solat Jumaat sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024M di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini / BERNAMA

SHAH ALAM, 26 Julai- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bersempena sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Selangor 2024, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim; Panglima 11 Briged Infantri, Brig Jen Shahir Hafizul Abd Rahman dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Bacaan Yasin dan doa selamat itu dipimpin oleh Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir dan disertai oleh pegawai serta anggota pasukan keselamatan yang bertugas di Selangor.

Sultan Sharafuddin kemudian menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah bertajuk Pahlawan Negara Diredai dan Perjuangan Diwarisi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....