Home Nasional Sultan Pahang, Tengku Ampuan ucap takziah kepada keluarga Nur Farah Kartini
Nasional

Sultan Pahang, Tengku Ampuan ucap takziah kepada keluarga Nur Farah Kartini

Sultan Pahang, Tengku Ampuan ucap takziah kepada keluarga Nur Farah Kartini

Foto: FB Kesultanan Pahang

KUANTAN, 18 Julai– Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri\’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah.

Menerusi hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang, baginda berdua turut mendoakan agar roh Nur Farah Kartini yang juga alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

\”Semoga seluruh ahli keluarga tabah dan bersabar dengan ujian ini. Al-Fatihah,” menurut hantaran itu.

Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan pada 5.20 petang tadi di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan dekat sini.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang pada 15 Julai.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak ditahan dan direman hingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....