Home Nasional Sultan Nazrin berangkat ke Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Nasional

Sultan Nazrin berangkat ke Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Sultan Nazrin berangkat ke Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Foto: BERNAMA

IPOH, 25 Ogos – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Perak 2024 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini malam ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubin.

Tahun ini merupakan tahun keenam penganjuran Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang diadakan sejak 2018.

Program anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak itu bertujuan membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai identiti nasional dengan pemahaman dan penghayatan terhadap prinsip kedua Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Beberapa acara dan pertandingan telah diadakan termasuk pertandingan pidato diraja, menulis esei, mengarang sajak, melukis karikatur, melukis poster, bicara berirama dan choral speaking.

Pada malam ini program turut diserikan dengan persembahan daripada pemenang-pemenang pertandingan berkenaan.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang – pemenang.

Baginda berdua kemudian berkenan melawat ke pameran lukisan dan karikatur sebelum meninggalkan majlis pada jam 10.30 malam. -BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....