Wednesday , 22 January 2025
Home Nasional Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Pusat Informasi Taman Negeri Ulu Muda, Sik bersempena dengan Projek 2 juta Program Penanaman Pokok Kawasan Hutan Terosot/ Diceroboh

SIK, 22 Januari- Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Pusat Informasi Taman Negeri Ulu Muda di sini bersempena dengan Projek 2 juta Program Penanaman Pokok Kawasan Hutan Terosot/ Diceroboh.

Program berkenaan merupakan anjuran Jemaah Datuk Negeri Kedah.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Kedah merangkap Presiden Jemaah Datuk Negeri Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin.

Keberangkatan tiba Sultan Kedah dan Tunku Mahkota Kedah disambut Pengarah Perhutanan Negeri Kedah, Muhammad Abdullah.

Pusat Informasi tersebut terletak di Kompartmen 12, Hutan Simpan Chebar Besar dibangunkan pada tahun 2023 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2024.

Kawasan Taman Negeri Ulu Muda berkeluasan 26,275 hektar telah diwartakan pada 10 Mei 2018.

Ia merangkumi tiga Hutan Simpan iaitu Hutan Simpan Chebar Besar, Hutan Simpan Pedu dan Hutan Simpan Ulu Muda.

Daya tarikan yang terdapat di Taman Negeri Ulu Muda ialah Pusat Informasi, Earth Lodge (chalet), Gua Labua, Sira Air Hangat di Kompartmen 127, Hutan Simpan Ulu Muda serta Bukit Fakir Terbang dan Bukit Batu Merah di Hutan Simpan Pedu.

Pembangunan dan pengurusan Taman Negeri Ulu Muda lebih menjurus ke arah penaiktarafan kawasan bagi membantu penjanaan komuniti setempat di sekitar Taman Negeri Ulu Muda melalui hasil produk komuniti.

Selaras dengan itu, ianya juga dapat mengekalkan kepelbagaian spesies flora dan fauna yang terdapat di Taman Negeri Ulu Muda.

Related Articles

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...

Anwar sedia jalin kerjasama dengan Trump, ucap tahniah atas pelantikan
Nasional

Anwar sedia jalin kerjasama dengan Trump, ucap tahniah atas pelantikan

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump/Foto AFPKUALA LUMPUR, 21 Januari –...