Home Nasional Sultan Kedah hadir Majlis Sah Khatam Al-Quran peringkat negeri
Nasional

Sultan Kedah hadir Majlis Sah Khatam Al-Quran peringkat negeri

Sultan Kedah hadir Majlis Sah Khatam Al-Quran peringkat negeri

Foto RTM

ALOR SETAR, 29 Mac – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah perkenan berangkat ke Majlis Sah Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2025M/1446H, di
di Masjid Zahir, Alor Setar, malam tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Baginda dan Kerabat Diraja Kedah kemudian menunaikan solat Isyak dan tarawih bersama para Jemaah yang hadir, disusuli dengan Majlis Sah Khatam Al-Quran.

Program bertujuan mengukuhkan semangat kecintaan terhadap Al-Quran serta memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan membaca dan memahami kitab suci itu.

Majlis Sah Khatam Al-Quran itu diharap akan terus menyuburkan semangat penghayatan Al-Quran dalam kalangan masyarakat serta menjadi platform dalam memperkukuhkan jati diri Islam dalam kehidupan seharian.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....