Home Nasional SUKMA :Perak tawar insentif kepada persatuan sukan raih pingat emas
Nasional

SUKMA :Perak tawar insentif kepada persatuan sukan raih pingat emas

SUKMA :Perak tawar insentif  kepada persatuan sukan raih pingat emas

EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah / Foto RTM

IPOH, 26 Julai -Ganjaran akan diberikan kepada persatuan sukan di Perak berdasarkan pencapaian atlet mereka pada temasya SUKMA 2024.

Exco Negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, cadangan itu sebagai pengiktirafan kepada mereka kerana berjaya melahirkan atlet yang mampu menyumbang kilauan pingat pada temasya berkenaan.

Kita ada tiga kategori yang kita tetapkan. Maksudnya, kalau persatuan sukan dapat contoh pingat emas ada jumlah yang kita tentukan, dan perkara itu kita sedang perhalusi sebelum kita bawa ke mesyuarat MMK untuk dapat kelulusan\”, katanya demikian pada program Perjumpaan Khas Kontinjen SUKMA Perak di sini.

Dalam pada itu, Khairudin turut mengumumkan insentif RM5,000 kepada atlet yang berjaya merangkul pingat emas bagi mana-mana sukan individu dan RM2,500 bagi acara berpasukan.

Manakala bagi jurulatih dan pengurus, mereka akan menerima skim insentif kemenangan sebanyak 30 dan 20 peratus daripada nilai pingat yang dimenangi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....