Home Nasional SPRM arah Mokhzani, Mirzan Mahathir isytihar harta, sebelum pertengahan September
Nasional

SPRM arah Mokhzani, Mirzan Mahathir isytihar harta, sebelum pertengahan September

SPRM arah Mokhzani, Mirzan Mahathir isytihar harta, sebelum pertengahan September

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki

KUALA LUMPUR, 14 Ogos– Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan tempoh tambahan satu bulan kepada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengisytiharkan harta mereka.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan kedua-dua mereka masih mempunyai tempoh sehingga pertengahan September depan untuk berbuat demikian.

\”Kita telah memberi tempoh terakhir kepada kedua-duanya untuk mengisytiharkan harta. Tidak silap saya, tempoh tu bakal berakhir pada pertengahan bulan September.\”

\”Ia adalah keputusan terakhir saya kepada mereka untuk mengisytiharkan harta kepada SPRM. Selepas pengisytiharan itu, nanti saya akan maklumkan perkembangan terbaharu,\” kata Tan Sri Azam kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Inisiatif Pencegahan Rasuah Melalui Pemerkasaan Amalan Perakaunan dan Pengauditan di ibu negara.

Mei lalu, SPRM bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan kepada kedua-duanya iaitu Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir untuk mengisytiharkan harta masing-masing.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....