Home Nasional SPRM ambil keterangan Ismail Sabri pada Khamis
Nasional

SPRM ambil keterangan Ismail Sabri pada Khamis

SPRM ambil keterangan Ismail Sabri pada Khamis

Tan Sri Azam Baki/ BERNAMA

KOTA KINABALU, 11 Mac- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis ini, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk memberi keterangan pada pukul 10.00 pagi.

Beliau turut memaklumkan bahawasijil cuti sakit Ismail Sabri akan berakhir esok.

\”Ismail Sabri akan hadir untuk dirakam percakapan berdasarkan siasatan sedang dijalankan dan saksi-saksi tambahan (juga) akan dipanggil dalam tempoh terdekat secara gradual ke pejabat SPRM untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara SPRM dengan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Berbuka Puasa di sini.

Pada majlis menandatangani nota kerjasama itu, SPRM diwakili Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy manakala DBKK diwakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Dalam pada itu menurut sumber SPRM, suruhanjaya itu telah merekodkan keterangan 36 saksi bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Ismail Sabri.

Bagaimanapun seramai 23 lagi saksi baharu dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi keterangan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....