Home Nasional SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan
Nasional

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan

Foto Fail

BANDARAYA MELAKA, 24 April– Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengkaji kewajaran untuk menaikkan harga Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Ini berikutan desakan daripada beberapa syarikat kontraktor susulan kenaikan kos barang binaan.

Pengerusi SPNB, Profesor Datuk Dr. Mohd Azmi Mohd berkata buat masa ini harga RMR masih kekal pada RM75,000 seunit.

\”Program RMR bukan sahaja kita nak bantu bakal pemilik rumah tetapi juga bantu usahawan-usahawan kecil bina rumah yang dapat projek daripada pihak SPNB. Jadi, mereka pun nak menampung kos perniagaan termasuk nak bayar gaji pekerja dan sebagainya.

Maka, ada desakan daripada pihak mereka untuk naikkan harga sebab mereka yg sebenarnya akan terkesan akibat daripada kenaikan bahan binaan. Kita tengah buat kajian untuk keperluan kita, dalam memastikan harga itu masih di tahap sama,\” kata Dr. Mohd Azmi kepada pemberita, hari ini.

Beliau turut memberi jaminan pemilihan kontraktor bagi pembinaan RMR di seluruh negara adalah yang berkualiti berdasarkan penarafan mereka.

Setakat ini, lebih 70,000 unit RMR telah dibina di seluruh negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....