Home Nasional SPAN tubuh JK khas, teliti insiden gangguan bekalan air akibat pencemaran
Nasional

SPAN tubuh JK khas, teliti insiden gangguan bekalan air akibat pencemaran

SPAN tubuh JK khas, teliti insiden gangguan bekalan air akibat pencemaran

Foto Fail

PUTRAJAYA, 26 Julai-Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti insiden-insiden gangguan perkhidmatan air yang berpunca daripada pencemaran khususnya di Selangor.

SPAN dalam kenyataan hari inimemaklumkan jawatankuasa khas itu akan bertindak mengumpul maklumat, keterangan dan meneliti semua aspek berhubung insiden terbabit.

\”Jawatankuasa Khas seterusnya mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dijadikan tata amalan terbaik oleh semua pihak yang berkepentingan demi menjamin kelestarian bekalan air,\” menurut kenyataan itu.

SPAN berkata pelbagai pihak dan agensi kerajaan akan dilibatkan secara langsung dalam proses pengumpulan data berkenaan termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS), badan pengurusan sumber air mentah negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta operator perkhidmatan air di negeri-negeri berkaitan.

\”Jawatankuasa ini akan ditubuhkan dalam kadar segera dan dijangka selesai dalam tempoh 45 hari dari sesi pertama berlangsung,\” katanya.

SPAN memandang serius insiden pencemaran bau di Sungai Sembah dan Sungai Kundang yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual terhadap lebih sejuta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur sejak 23 Julai hingga semalam.

Satu kertas siasatan telah dibuka pada Rabu ke atas suspek yang dikenal pasti

Siasatan dibuatdi bawah Seksyen 121(1)(c) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) bagi kesalahan mencemarkan atau menyebabkan supaya dicemarkan sistem bekalan air atau mana-mana sistem bekalan air, yang jika disabitdengan kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau didenda tidak melebihi RM500,000.

SPAN komited untuk memastikan sebarang perbuatan salah laku terhadap air bersih dan sumbernya akan diambil tindakan tegas dalam tempoh sesegera yang mungkin dan seterusnya memastikan hukuman setimpal dikenakan ke atas pelaku.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....