Thursday , 23 January 2025
Home Nasional SOP pengeluaran wang tidak sah akan diperketatkan
Nasional

SOP pengeluaran wang tidak sah akan diperketatkan

SOP pengeluaran wang tidak sah akan diperketatkan

Lim Hui Ying

AYER KEROH, 12 Julai- Prosedur operasi standard (SOP) berkaitan aduan pengeluaran wang tidak sah akan diperketatkan.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata, ia berikutan terdapat aduan orang awam berkaitan institusi perbankan dan kewangan di negara ini yang tidak mengambil tindakan sewajarnya dalam isu pengeluaran tidak sah.

Semua institusi perbankan dan kewangan perlu mematuhi SOP dan melakukan siasatan mendalam sebelum tindakan lanjut dilaksana.

\”Ini bukan satu pengumuman baru ini memang adalah satu SOP, bermaksud sekiranya ada pelanggan yang pergi membuat aduan kepada bank, maka pihak bank perlu membuktikan ia adalah kecuaian pelanggan.

\”..sekiranya ia telah dilakukan tetapi wang itu masih dikeluarkan tanpa kebenaran, maka bank akan bertanggungjawab,\” katanya selepas merasmikan Pelancaran Trace and Recovery Operation (TRO) 2.0 (Penyata Tanpa Bayaran) Siri 2/2024.

Bagaimanapun, beliau turut meminta pengguna untuk melakukan pemeriksaan berkala baki akaun mereka, bagi memastikan tiada pengeluaran mencurigakan berlaku.

Sekiranya berlaku pengeluaran tidak sah, orang awam digesa untuk membuat laporan kepada pihak bank dengan kadar segera.

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...