Home Nasional SOP baharu kenderaan perdagangan diperkenal mulai Mei
Nasional

SOP baharu kenderaan perdagangan diperkenal mulai Mei

SOP baharu kenderaan perdagangan diperkenal mulai Mei

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli

KUALA TERENGGANU, 14 April – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan garis panduan dan proseduroperasi standard (SOP) baharu melibatkan kenderaan perdagangan pada Mei depan.

Antara perkara yang sedang diperincikan termasuk tindakan terhadap pemandu yang memandu melebihi had laju ditetapkan.

Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, ia bagi menangani peningkatan kes kemalangan melibatkan kenderaan berat.

JPJ bersama pihak berkepentingan sedang meneliti dan membuat perincian untuk penambahbaik Keselamatan jalan raya.

Ini termasuk larangan kenderaan perdagangan perlu berada di lorong paling kanan seperti yang telah diumumkan Menteri PengangkutanAnthony Loke, sebelum ini.

\”Saya akan umumkan perincian kepada langkah yang kita akan ambil tindakan kepada kenderaan perdagangan yang melakukan kesalahan melebihi had laju. Ini dalam penelitian kita, perbincangan kita bersama pihak berkepentingan termasuk Kementerian Pengangkutan. Kita akan umum dalam bulan Mei nanti,\” kata Aedy Fadly kepada pemberita.

Terdahulu beliau hadir pada Majlis Apresiasi dan Sambutan Hari Raya JPJ Terengganu, di sini. Dalam Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri, HRA 2025, JPJ merekodkan 8,862 kes kemalangan bermula pada 24 Mac hingga 8 April lalu.

Jumlah itu berkurang berbanding 9,859 kes pada Ops HRA 2024. Begitu juga dengan jumlah kematian iaitu 85 kematian direkodkan tahun Ini berbanding 119 kematian tahun lalu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....