Home Nasional Solidariti Palestin: JAKIM arah solat hajat berterusan
Nasional

Solidariti Palestin: JAKIM arah solat hajat berterusan

Solidariti Palestin: JAKIM arah solat hajat berterusan

Foto Hiasan / Bernama

PUTRAJAYA, 19 Mac – Semua masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan diarahkan untuk melaksanakan solat hajat secara berterusan sepanjang baki Ramadan sebagai tanda solidariti dan doa buat rakyat Palestin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan menyeru umat Islam di seluruh negara agar bermunajat kepada Allah SWT bagi keselamatan dan kemenangan rakyat Palestin yang tertindas.

Tegasnya, kerajaan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam rejim Israel yang terus mengingkari perjanjian gencatan senjata dengan melancarkan serangan tanpa perikemanusiaan terhadap penduduk Gaza.

“Malaysia tetap teguh menyokong perjuangan rakyat Palestin dan tidak akan berdiam diri terhadap kezaliman ini,” katanya.

Menurut laporan, serangan udara Israel di Semenanjung Gaza telah meragut 404 nyawa tidak berdosa, termasuk wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan 562 lagi.

Mohd Na’im turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi menghentikan keganasan rejim Israel dan memastikan keadilan berpihak kepada penduduk Gaza.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....