Home Nasional SMART berjaya keluarkan tujuh mangsa di Myanmar termasuk seorang lelaki masih hidup
Nasional

SMART berjaya keluarkan tujuh mangsa di Myanmar termasuk seorang lelaki masih hidup

SMART berjaya keluarkan tujuh mangsa di Myanmar termasuk seorang lelaki masih hidup

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) mengeluarkan seorang lelaki berusia 40 tahun di bawah runtuhan gempa bumi di daerah Sagaing, Myanmar

KUALA LUMPUR, 2 April- Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berjaya mengeluarkan tujuh mangsa termasuk seorang yang masih hidup di bawah runtuhan gempa bumi di daerah Sagaing, Myanmar setakat ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa meninggal dunia terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan berusia lingkungan lapan hingga 56 tahun, manakala mangsa yang hidup ialah seorang lelaki berusia 40 tahun.

\”Pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini, dua tempat kerja telah dilakukan tinjauan dan kerja menyelamat iaitu di Mozar Quater, Sagaing dan Paramic Monastery.

\”Tempat kerja mula berbau mayat dan peratusan menyelamat mangsa hidup berkurangan,\” menurut kenyataan itu.

Kesemua 50 pegawai dan anggota SMART dalam keadaan baik dari aspek kesihatan, makan minum dan kebajikan namun seorang daripada anggota pasukan mengalami kecederaan ringan.

\”Cuaca semakin panas dan pasukan dinasihati minum air secukupnya, selain mengambil vitamin. Hal ini bagi mengelakkan anggota pasukan mengalami strok haba akibat suhu panas yang boleh mengakibatkan mereka mengalami batuk berterusan serta hilang tumpuan.

\”Tempoh bencana telah melepasi tempoh kritikal 72 jam. Berdasarkan garis panduan Kumpulan Penasihat SAR Antarabangsa dan situasi semasa, pelan demobilisasi MAS-01 (SMART) akan mula dirancang dan dilaksana selaras dengan persetujuan pihak berkaitan terutama Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Tempatan (LEMA),\” tambah kenyataan itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....