Home Nasional SICS 2025 bakal himpun 3,000 pemain industri penjagaan
Nasional

SICS 2025 bakal himpun 3,000 pemain industri penjagaan

SICS 2025 bakal himpun 3,000 pemain industri penjagaan

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari / Foto RTM

SHAH ALAM, 30 April – Selangor menyasarkan lebih 3,000 peserta bakal menyertai Sidang Kemuncak Penjagaan Antarabangsa Selangor 2025 atau SICS 2025, yang dijadual berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sidang kemuncak julung kali itu merupakan antara acara utama di bawah edisi ke-9 Sidang Kemuncak Niaga Selangor, dengan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan ekonomi penjagaan.

Menurut Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari, pelancaran awal ini bertujuan memberi pendedahan kepada empat komponen utama SICS 2025, iaitu Care Forum, Care Expo, Care Business Matching dan Care Townhall.

“Kita sasarkan pertama adalah pemain-pemain industri kerana sasaran ataupun tema adalah untuk kita wujudkan hab penjagaan ataupun hab penjagaan Asia-Pasifik dan kita mahu wujudkan peluang untuk usahawan-usahawan dan juga mereka dalam sektor penjagaan bekerja dalam institusi pengajian ataupun NGO untuk kita angkat isu-isu berkaitan penjagaan\”, katanya demikian lepas merasmikan prapelancaran Sidang Kemuncak Penjagaan Antarabangsa Selangor 2025 di sini hari ini.

Tambah beliau, kerajaan negeri turut membuka penyertaan kepada pelbagai pihak termasuk pemain industri produk dan perkhidmatan berkaitan penjagaan, teknologi, pelabur, penjaga serta orang awam dalam menjayakan SICS 2025.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....