Home Nasional Serangan siber: Pertahanan keselamatan siber negara diperkukuh
Nasional

Serangan siber: Pertahanan keselamatan siber negara diperkukuh

Serangan siber: Pertahanan keselamatan siber negara diperkukuh

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Aspek pertahanan negara terus ditingkatkan termasuk memberi fokus terhadap isu serangan siber.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ancaman siber kini dilihat sebagai satu fenomena yang dihadapi bukan sahaja dalam aspek pertahanan namun dalam beberapa sektor yang lain.

Untuk itu, beliau berpandangan amat penting untuk negara mempunyai kemampuan dan kekuatan dalam menangani serangan tersebut.

\”Kita memang memberi perhatian kepada keselamatan siber kerana kita percaya bahawa di masa akan datang dan memang kita terima hakikat ancaman siber adalah antara ancaman bukan tradisional dalam bidang pertahanan.

\”Untuk itu, kita memang memberi perhatian dan fokus untuk mempertingkatkan kerana teknologi berubah,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UiTM Energy & Facilities Sdn Bhd dan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....