Home Nasional Seramai 6,954 graduan ILJTM seluruh negara terima Diploma lanjutan, Diploma dan sijil
Nasional

Seramai 6,954 graduan ILJTM seluruh negara terima Diploma lanjutan, Diploma dan sijil

Seramai 6,954 graduan ILJTM seluruh negara terima Diploma lanjutan, Diploma dan sijil

6,954 graduan dari Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) seluruh negara terima Diploma lanjutan, Diploma dan Sijil

BANGI, 17 Ogos- Seramai 6,954 graduan dari Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) seluruh negara telah menamatkan pengajian dan layak dianugerahkan Diploma Lanjutan, Diploma dan Sijil pada istiadat konvokesyen kali ke-27 tahun ini.

Daripada jumlah itu seramai empat orang menerima Diploma Lanjutan, Diploma (2,411) dan sijil (4,539).

Istiadat konvokesyen yang diadakan di Bangi Avenue Convention Center selama dua hari bermula 17 hingga 18 Ogos itu dirasmikan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Tema istiadat konvokesyen pada tahun ini ialah \”Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakan Masa Hadapan.\”

Graduan yang diraikan terdiri daripada 32 kampus ILJTM di seluruh negara iaitu daripada Institusi Teknikal Jepun-Malaysia, lapan kampus Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan 23 kampus Institusi Latihan Perindustrian (ILP).

Graduan berkenaan termasuk program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di ILJTM dalam 10 bidang kluster TVET iaitu teknologi maklumat dan komunikasi, sivil, elektronik, kimpalan, pembuatan, percetakan, pengangkutan, pengeluaran produk, penyelenggaraan elektrik dan perkhidmatan kejuruteraan.

Sehingga kini, ILJTM telah berjaya mengeluarkan 232,096 graduan sepenuh masa dan mereka merupakan pekerja berkemahiran yang menyumbang kepada pembangunan industri dan pertumbuhan ekonomi negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....