Home Nasional Seorang maut, tiga cedera termasuk bayi dalam nahas di Kulai
Nasional

Seorang maut, tiga cedera termasuk bayi dalam nahas di Kulai

Seorang maut, tiga cedera termasuk bayi dalam nahas di Kulai

Foto RTM

KULAI, 10 Mac- Seorang wanita berusia 29 tahun maut, manakala tiga lagi termasuk bayi tiga bulan cedera, dalam nahas di Kilometer 39.9 arah selatan, Lebuhraya Utara Selatan, Kulai, semalam.

Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta dinaiki keempat-empat mangsa, yang terbabas dan terbalik ke bahu jalan.

Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan l, Asmiza Zaini berkata, seramai 11 anggota bersama dua buah jentera, dikerahkan untuk operasi menyelamat.

\”Seorang wanita didapati tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

\”Manakala seorang lelaki berumur 30 tahun, bersama bayi tiga bulan dan kanak-kanak perempuan empat tahun, dalam kenderaan sama, turut dilaporkan cedera.

\”Semua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,\” katanya menerusi kenyataan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....