Home Nasional Seorang maut, motosikal dirempuh pemandu lori positif dadah
Nasional

Seorang maut, motosikal dirempuh pemandu lori positif dadah

Seorang maut, motosikal dirempuh pemandu lori positif dadah

Sebuah lori merempuh tiga buah motosikal dan sebuah trak pikap di persimpangan lampu isyarat Limbat, Kota Bharu hari ini/ Foto: PDRM

KOTA BHARU, 23 September- Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah lori semasa sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat Limbat, Kubang Kerian di sini hari ini.

Mangsa, Farhan Harith Che Fauzi, 30, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata dalam kejadian pada 12.50 tengah hari tadi, pihaknya menahan pemandu lori berusia 50 tahun yang didapati positif dadah methamphetamine.

\”Lelaki berumur 50 tahun yang memandu lori jenis Nissan dari arah Peringat menghala ke Pasir Tumboh dipercayai telah hilang kawalan sebelum merempuh tiga buah motosikal dan sebuah trak pikap.

\”Akibat rempuhan itu menyebabkan seorang penunggang motosikal mengalami cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

\”Mayat penunggang motosikal itu telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk proses bedah siasat,\” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nurul Izzati Mohammad Rosli di talian 09-775 2315.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....