Home Nasional Seorang maut, 14 cedera dalam kemalangan di Jalan Renggam – Layang-Layang
Nasional

Seorang maut, 14 cedera dalam kemalangan di Jalan Renggam – Layang-Layang

Seorang maut, 14 cedera dalam kemalangan di Jalan Renggam – Layang-Layang

Foto RTM

KLUANG, 1 April-Seorang maut manakala 14 lagi cedera dalam nahas jalan raya di Kilometer 25, Jalan Renggam -Layang-Layang, di sini, pada isnin malam.

Insiden embabitkan dua buah kenderaan itu turut menyaksikan salah seorang mangsa, parah.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis MPV, dari arah Renggam, hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Susulan itu, sebuah kereta jenis Sedan yang datang dari arah Layang-Layang, tidak sempat mengelak lalu bertembung antara satu sama lain.

Akibat pelanggaran, pemandu Sedan, Muhammad Amiruddin Kamarulzaman, 29 tahun, parah di kepala, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Enche\’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Lima lagi penumpang dalam kenderaan sama, cedera.

Sementara pemandu MPV, Farah Ain Abdullah, 35 tahun, parah di kepala dan badan, kini dirawat di hospital sama.

Dia yang membawa lapan lagi penumpang, turut mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....