Home Nasional Selepas langgar kapal lain di Perairan Tanjung Sedili, MT CERES ONE gagal dikesan
Nasional

Selepas langgar kapal lain di Perairan Tanjung Sedili, MT CERES ONE gagal dikesan

Selepas langgar kapal lain di Perairan Tanjung Sedili, MT CERES ONE gagal dikesan

FOTO MARITIM MALAYSIA

KOTA TINGGI, 20 Julai- Salah sebuah daripada dua kapal yang terlibat dalam pelanggaran di Perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor, dilaporkan meninggalkan lokasi hari ini.

Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Mad Yunus berkata, kapal terlibat, MT CERES ONE, dipercayai membawa 26 kru kapal ketika meninggalkan lokasi.

Sebelum itu, Tentera Laut Singapura RSS Supreme telah menyelamatkan 14 kru kapal tersebut, semalam.

Semakan dijalankan Pusat Sub Menyelamat Maritim (MRSC) dan Jabatan Laut Malaysia mendapati, nombor pendaftaran kapal berdaftar dari Republik Demokratik Sao Tome dan Principe itu, mencurigakan.

\”Kita cuba berhubung dengan CERES, tapi gagal dan tiada respon, mereka telah matikan AIS iaitu transponder yang boleh kesan lokasi kapal,\”katanya.

Pihaknya yakin kapal tersebut masih berada di dalam perairan negara.

Sementara itu, 22 kru sebuah lagi kapal terlibat, iaitu MT HAFNIA NILE berdaftar dari Singapura, telah diselamatkan dan dibawa ke Singapura, semalam.

Kapal MT HAFNIA NILE kini dilaporkan hanyut ke Pulau Pemanggil, Mersing, iaitu kira-kira 52 batu nautika daripada lokasi perlanggaran.

Dalam insiden pukul 6.55 pagi semalam, kedua-dua kapal dilaporkan berlanggar di 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau, mengakibatkan MT HAFNIA NILE terbakar.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....