Home Nasional Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672
Nasional

Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672

Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming / Foto RTM

PUTRAJAYA, 6 Februari-Selangor dan Pulau Pinang diterima menggunakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata ini diputuskan jemaah menteri minggu lepas dan dalam proses rundingan secara terperinci .

\”Jemaah menteri mengalu-alukan supaya negeri negeri lain juga mengambil langkah yang sama supaya kita dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan pembersihan awam di negara kita.

\”Kebersihan juga adalah kewajipan kita semua. Oleh itu, saya ingin jadikan Malaysia paling bersih, indah dan selamat\”, katanya ketika di temui media dalam Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini di sini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Seramai 2500 warga KPKT dan agensi berkepentingan hadir bagi memeriahkan majlis .

Akta 672 digubal bagi memastikan keseragaman undang-undang dalam pengawalan dan pengawalseliaan perkara-perkara yang berhubungan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam .

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...