Home Nasional Selangor perkasa wanita, dipacu dasar mesra keluarga dan inisiatif ekonomi
Nasional

Selangor perkasa wanita, dipacu dasar mesra keluarga dan inisiatif ekonomi

Selangor perkasa wanita, dipacu dasar mesra keluarga dan inisiatif ekonomi

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari

SELAYANG, 17 Mac– Selangor komited dalam memperkasa wanita melalui dasar dan program mesra keluarga serta menyokong pembangunan ekonomi golongan itu.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, ini bagi memastikan wanita dapat mengejar aspirasi tanpa halangan budaya dan sosial.

Bersesuaian dengan Tema sambutan Hari Wanita tahun ini, \”Wanita Beraspirasi Membina Legasi\”, mengiktiraf peranan wanita dalam pelbagai aspek kehidupan serta menangani cabaran seperti ketidakseimbangan tanggungjawab rumah tangga yang menghalang penyertaan wanita dalam tenaga kerja.

\”Atas sebab itu, fokus saya selaku Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat adalah untuk mewujudkan polisi-polisi yang mesra keluarga. Dalam Dasar Wanita Selangor 2024-2026, kita telah menggariskan antaranya untuk menggalakkan aturan pekerjaan anjal dan insentif untuk wanita kembali bekerja.

Ini supaya wanita terlepas daripada “motherhood penalty” dan boleh terus mengejar aspirasi dan membina legasi. Di bawah Wanita Berdaya Selangor juga, kita mewujudkan program-program untuk membina kapasiti wanita untuk membolehkan wanita menjana ekonomi,\” kata Anfaal ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Selangor, di sini.

Selain itu, Wanita Berdaya Selangor turut memperkenalkan program Pusat Wanita Berdaya bagi membina kapasiti wanita dalam komuniti serta memperkukuh daya tahan ekonomi keluarga.

Program USAHAWANITA yang kini memasuki tahun kedua, turut diperkenal untuk membantu wanita menjana pendapatan melalui keusahawanan digital.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....