Home Nasional Selangor bantu lebih 2,000 individu dapatkan dokumen pengenalan diri
Nasional

Selangor bantu lebih 2,000 individu dapatkan dokumen pengenalan diri

Selangor bantu lebih 2,000 individu dapatkan dokumen pengenalan diri

Datuk Seri Amirudin Shari

SHAH ALAM, 29 Julai- Kerajaan Selangor telah membantu seramai 2,121 rakyat daripada 6,079 permohonan bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri seperti sijil lahir, Mykad serta sijil kewarganegaraan sejak tahun 2008.

Daripada jumlah itu, sebanyak 50 peratus melibatkan golongan bumiputera manakala selebihnya bangsa-bangsa lain seperti Cina, India, Orang Asli, Sabah dan Sarawak.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, undang-undang, sosioekonomi, bahasa dan komunikasi antara faktor penyebab permohonan berdepan kesukaran untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri sebelum ini.

\”Sebab kita ingin lihat jumlah keciciran sebagai contoh perkahwinan. Apabila sudah berkahwin mereka tinggal di kawasan yang terhad, mak dan ayah pula bekerja bukan dalam sektor formal.

\”…jadi itu semua rentetan anak-anak ini berdepan kesukaran untuk ke sekolah. Antara yang lain ialah mempunyai masalah untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

\”…ini semua adalah kekangan kepada mereka untuk memperoleh peluang dan ruang yang ditawarkan daripada kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan. Ia juga menyusahkan mereka untuk hidup dalam negara kita,\” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri MySel, di sini.

Tahun ini, seramai 215 orang telah dibantu menerusi program berkenaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....