Home Nasional Satu PPS dibuka di Raub, 19 penduduk terjejas
Nasional

Satu PPS dibuka di Raub, 19 penduduk terjejas

Satu PPS dibuka di Raub, 19 penduduk terjejas

Foto APM

RAUB, 2 April – Seramai 19 orang penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dilanda banjir di Kampung Ulu Gali, Raub, petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub berkata, kejadian banjir yang berlaku pada 6.15 petang tadi telah menyebabkan empat buah kediaman dinaiki air.

\”Kediaman penduduk terjejas itu dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak pukul 3.00 petang hingga 7.00 petang yang telah mengakibatkan limpahan air Sungai Ulu Gali,\” menurut jawatankuasa itu.

Sejurus menerima laporan, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membuat pemantauan dan memindahkan penduduk terjejas di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Ulu Gali pada 6.30 petang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....