Home Nasional Satu PPS baharu dibuka, penduduk terjejas banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Satu PPS baharu dibuka, penduduk terjejas banjir di Kedah terus meningkat

Satu PPS baharu dibuka, penduduk terjejas banjir di Kedah terus meningkat

Foto Fail/ BERNAMA

ALOR SETAR, 29 September– Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Setar dengan jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah meningkat kepada 917 orang daripada 293 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 765 orang daripada 253 keluarga petang tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS yang baharu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah di Kota Setar menempatkan 31 orang daripada tujuh keluarga, menjadikan jumlah lapan PPS beroperasi di negeri ini.

Daerah Pokok Sena masih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 601 orang daripada 184 keluarga ditempatkan di empat PPS iaitu Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang, Dewan Serbaguna Pokok Sena, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hijau Mukim Derang dan Masjid Nurul Iman Batu 14 Jalan Lampam.

Di Kubang Pasu pula, seramai 285 orang daripada 102 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu SMK Changlun, Dewan Lubuk Batu dan SK Bandar Baru Darul Aman.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat 8 malam ini, paras Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Kubang Pasu; Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar dan Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap telah melepasi paras bahaya.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....