Home Nasional SAREX LIMA 25: Pesawat terbang rendah, orang ramai tidak perlu panik
Nasional

SAREX LIMA 25: Pesawat terbang rendah, orang ramai tidak perlu panik

SAREX LIMA 25: Pesawat terbang rendah, orang ramai tidak perlu panik

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Mei- Orang ramai diingatkan supaya tidak panik atau cemas sekiranya melihat pesawat tentera terbang rendah atau kehadiran aset-aset maritim di sekitar Langkawi bermula hari ini hingga 8 Mei ini.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memaklumkan, situasi tersebut adalah sebahagian daripada latihan Search and Rescue Exercise Langkawi International Maritime and Aerospace 2025 (SAREX LIMA 25) yang dijalankan bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

\”Latihan berbentuk Field Training Exercise (FTX) ini melibatkan simulasi kemalangan udara serta operasi mencari dan menyelamat (SAR) di perairan sekitar Langkawi dan kawasan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

“Sepanjang latihan, pesawat-pesawat TUDM akan melakukan penerbangan taktikal pada altitud rendah manakala aset-aset maritim milik agensi terlibat akan beroperasi di kawasan-kawasan latihan yang telah digazetkan,” menurut kenyataan TUDM.

Tambah kenyataan itu, semua operasi akan dikendalikan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) Joint Rescue Coordination Sub-Centre (JRSC) Langkawi yang ditubuhkan khas sempena LIMA 25.

TUDM menegaskan latihan berkenaan penting bagi mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan dan respons negara menghadapi sebarang kecemasan sebenar.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....