Home Nasional Sarawak struktur semula Sacofa tingkat keupayaan telekomunikasi
Nasional

Sarawak struktur semula Sacofa tingkat keupayaan telekomunikasi

Sarawak struktur semula Sacofa tingkat keupayaan telekomunikasi

Datuk Seri Julaihi Narawi ditemui media selepas menerima kunjungan Aidilfitri daripada Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching

KUCHING, 14 April- Kerajaan Sarawak bakal melaksanakan penstrukturan semula ke atas syarikat penyedia telekomunikasi milik negeri, Sacofa Sdn. Bhd., bagi memperkukuh infrastruktur dan perkhidmatan telekomunikasi di seluruh negeri.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, langkah ini dimungkinkan menerusi pegangan majoriti kerajaan negeri dalam syarikat tersebut, iaitu melebihi 51 peratus.

“Penstrukturan ini penting bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan keupayaan Sacofa dalam mendepani cabaran sektor telekomunikasi yang semakin kompleks,” jelasnya.

Menurut beliau, antara fokus utama pada masa ini adalah penyusunan semula pengurusan tertinggi syarikat, termasuk perubahan dalam komposisi Lembaga Pengarah.

“CMS masih merupakan pemegang saham, namun dengan perubahan tertentu yang sedang berlaku, kita akan mulakan sedikit perubahan dalam pengurusan,” tambahnya.

Datuk Seri Julaihi, yang kini juga memegang jawatan sebagai Pengerusi baharu Sacofa, berkata demikian ketika ditemui media selepas menerima kunjungan Aidilfitri daripada Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.

Setakat ini, Sacofa mengendalikan sebanyak 1,688 menara telekomunikasi di seluruh Sarawak melibatkan operasi komersial serta pengurusan aset telekomunikasi strategik.

Sementara itu, Tan Sri Abang Johari turut mengadakan beberapa kunjungan Aidilfitri ke kediaman barisan pemimpin negeri, termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi serta Penasihat Khas di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Seri Rohani Abdul Karim di Petra Jaya.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...