Home Nasional Sarawak perluas program Sumbangsih Raya ke Hari Gawai dan TBC
Nasional

Sarawak perluas program Sumbangsih Raya ke Hari Gawai dan TBC

Sarawak perluas program Sumbangsih Raya ke Hari Gawai dan TBC

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg / BERNAMA

KUCHING, 7 Mac- Kerajaan Sarawak akan meneruskan program Sumbangsih Raya dan memperluaskannya kepada sambutan Hari Gawai dan Tahun Baharu Cina, selaras dengan semangat perpaduan rakyat Sarawak yang meraikan pelbagai perayaan tanpa mengira kaum dan agama.

Premier, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan akan memberi peruntukan tambahan kepada Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak bagi memastikan bantuan dapat diberikan kepada agensi dan penguatkuasa yang bertugas pada musim perayaan Hari Gawai dan Tahun Baharu Cina selain Hari Raya.

Jelasnya sumbangan itu, sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan mereka dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Kerajaan turut berharap inisiatif berkenaan dapat memperkukuhkan keharmonian masyarakat serta memastikan setiap perayaan disambut dengan penuh kegembiraan oleh semua lapisan masyarakat.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan kesejahteraan semua anggota dan pegawai yang bertugas sepanjang musim perayaan agar mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan lancar dan selamat.

Premier berucap pada Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2025 di Wisma Bapa Malaysia,Kuching.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah dalam ucapannya memaklumkan sumbangan itu untuk menghargai pengorbanan anggota-anggota keselamatan dan penguatkuasaan serta badan-badan beruniform yang bertugas semasa hari lebaran dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin.

Tambahnya daripada penganjuran pertama sehingga tahun ke-35 kali ini, pihaknya melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak sentiasa komited dan berusaha meningkatkan kualiti dan kuantiti kotak Sumbangsih dengan perbelanjaan yang optimum

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada ahli keluarga yang memberi sokongan kepada suami,isteri atau anak-anak bertugas di musim perayaan dan mengorbankan masa perayaan dengan keluarga.

Pada majlis tersebut, 11 agensi menerima sumbangsih raya keseluruhan 12,000 bungkusan daripada Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....