Home Nasional Saifuddin yakin Muhyiddin beri kerjasama berhubung kempen PRK Nenggiri
Nasional

Saifuddin yakin Muhyiddin beri kerjasama berhubung kempen PRK Nenggiri

Saifuddin yakin Muhyiddin beri kerjasama berhubung kempen PRK Nenggiri

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail/ Foto BERNAMA

JITRA, 19 Ogos- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yakin bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memberi kerjasama kepada pihak polis berhubung ucapannya yang menyentuh isu 3R (raja, agama, kaum) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri baru-baru ini.

\”Saya difahamkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sudah menetapkan tarikh bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipanggil untuk memberi keterangan.

\”…dan saya percaya Tan Sri Muhyiddin tidak sukar untuk memberi kerjasama dan proses itu akan berlaku dalam masa terdekat,\” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 peringkat Negeri Kedah di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu\’adzam Shah, di sini.

Saifuddin berkata demikian ketika mengulas kemurkaan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah hari ini terhadap tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan menyentuh isu 3R dalam ucapannya ketika berkempen pada PRK Nenggiri baru-baru ini.

Tengku Hassanal mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap bekas perdana menteri itu yang didakwa secara sengaja menyentuh isu 3R ketika berkempen pada PRK berkenaan.

Tengku Hassanal turut menzahirkan kemurkaan dan rasa terkilan dengan tindakan Ahli Parlimen Pagoh itu yang mempertikai tugas dan peranan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....