Home Nasional RUU Perkhidmatan Parlimen kembali perkasa kebebasan institusi Parlimen
Nasional

RUU Perkhidmatan Parlimen kembali perkasa kebebasan institusi Parlimen

RUU Perkhidmatan Parlimen kembali perkasa kebebasan institusi Parlimen

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen bakal mengembalikan kebebasan dan keberkesanan institusi Parlimen dalam menjalankan tugas seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata RUU itu akan membolehkan Parlimen beroperasi secara lebih bebas serta berdaya saing, sekali gus memperkukuh peranan dalam memastikan tadbir urus yang lebih cekap.

“Akta Perkhidmatan Parlimen dimansuhkan pada tahun 1992 dan sejak itu, Parlimen diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ini menimbulkan persoalan mengenai pemisahan kuasa (separation of power).

“Namun, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kepimpinan, beliau berusaha untuk menghidupkan semula akta ini bagi memastikan Parlimen berfungsi seperti sepatutnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media, di sini.

Menurut Johari, RUU tersebut akan memberi Parlimen kebebasan dalam beberapa aspek, termasuk pengurusan kewangan.

“Segala peruntukan yang diberikan oleh eksekutif kepada Parlimen akan diuruskan sendiri oleh Parlimen kerana hanya Parlimen yang mengetahui keutamaannya, termasuk dalam memberi bantuan kepada select committees,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berharap semua Ahli Parlimen, sama ada dari blok kerajaan atau pembangkang, akan memberikan sokongan terhadap RUU berkenaan.

Untuk rekod, Akta Perkhidmatan Parlimen pertama kali diperkenalkan pada tahun 1963 sebelum dimansuhkan pada tahun 1992.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....