Home Nasional Runtuhan tebing sungai : MB masih tunggu laporan penuh insiden
Nasional

Runtuhan tebing sungai : MB masih tunggu laporan penuh insiden

Runtuhan tebing sungai : MB masih tunggu laporan penuh insiden

Keadaan tebing sungai yang runtuh menyebabkan limpahan air Sungai Klang memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan projek berkenaan sedalam 19 meter

SHAH ALAM, 9 September- Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sedang menunggu laporan penuh berhubung insiden runtuhan tebing tapak projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1), Puchong.

Laporan itu nanti akan dikemukakan oleh Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim.

Jelas beliau,laporan penuh tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat dan tindakan selanjutnya akan dilaksanakan.

\”Izham telah pergi ke lapangan dan itu saya kena siasat dulu apa punca dan kalau ia melibatkan kelemahan struktur yang dibina oleh pemaju, itu saya rasa termasuk dalam kos yang perlu ditanggung oleh mereka.

\”Jadi saya perlu tunggu laporan sepenuhnya dan apa sebabnya dan saya percaya projek itu ada insurans. Insurans itu perlu diaktifkan kalau ada termasuk dalam perlindungan yang telah diberikan untuk pembangunan,\”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Akademi Bateriku di Shah Alam.

Tebing sungai bersebelahan projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) itu runtuh pukul 2 petang pada Sabtu.

Insiden itu menyebabkan limpahan air Sungai Klang memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan projek berkenaan sedalam 19 meter.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....