Home Nasional RT-ECO, teknologi baharu rawat sisa buangan kilang kelapa sawit
Nasional

RT-ECO, teknologi baharu rawat sisa buangan kilang kelapa sawit

Teknologi RT-ECO dapat merawat buangan dari kilang kelapa sawit menepati piawaian alam sekitar. – FOTO RTM

BANTING, 4 September – Kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang mengkaji kesesuaian penggunaan teknologi rawatan sisa buangan kilang kelapa sawit, RT-ECO dari Singapura.

Usaha tersebut bagi memastikan kemampanan pengeluaran sawit negara.

Menurut Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, teknologi rawatan bahan buangan kilang kelapa sawit itu dilihat sesuai dan dapat memenuhi permintaan pasaran berhubung pemeliharaan alam sekitar.

\”Setiap eksport yang dibuat akan ada efluen (bahan buangan), maka efluen-efluen ini menjadi satu kriteria untuk negara menjual kelapa sawit kita supaya masuk dalam kategori kemampanan.

\”Jadi ini merupakan salah satu daripada strategi yang digalak daripada inovasi baharu untuk melihat bagaimana pembersihan efluen sebelum air keluar ke longkang,\” katanya.

Beliau menjelaskan demikian pada sidang media selepas lawatan ke kilang contoh yang menempatkan teknologi tersebut di Banting, Selangor.

Tambah beliau lagi, arahan telah diberikan kepada MPOB untuk melihat keberkesanan teknologi penapisan efluen berkenaan yang disasarkan penggunaannya untuk pengilang kecil sawit.

RT-ECO dikendalikan oleh syarikat Merujaya POME Solutions Sdn Bhd menggunakan teknologi elektrokimia dalam menapis efluen sawit dalam memastikan sisa yang dihasilkan ketika pengeluaran selamat.

Sekaligus, mematuhi standard kemampanan dunia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....