Wednesday , 12 March 2025
Home Nasional RPM Platform Markets APAC buka kilang baharu lebih besar di Serendah
Nasional

RPM Platform Markets APAC buka kilang baharu lebih besar di Serendah

RPM Platform Markets APAC buka kilang baharu lebih besar di Serendah

Saptak Roy berucap pada majlis majlis pelancaran kilang baharu RPM Platform Markets APAC, di Serendah

SERENDAH, 11 Julai- Penyedia produk pembinaan dan salutan, RPM Platform Markets APAC, menjangkakan kapasiti pengeluaran cecair dan serbuknya meningkat sehingga tujuh kali ganda selepas penubuhan kilang baharunya di Serendah .

Pengarah Urusannya, Saptak Roy berkata, kedudukan Malaysia yang strategik di tengah-tengah Asia Tenggara sangat sesuai untuk hab pembuatan serantau kumpulan itu di Asia Pasifik

Ini ditambah dengan infrastruktur yang dibangunkan dengan baik serta persekitaran yang mesra perniagaan.

\”Melalui kilang ini dan unjuran pertumbuhan kami, kami juga berusaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk bakat tempatan dalam pelbagai bidang serta memupuk kerjasama dengan universiti tempatan untuk latihan pelajar dan aktiviti R&D,\”katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kilang tersebut, di Serendah, Selangor.

Kilang baharu itu menggabungkan beberapa ciri mesra alam, termasuk sistem pemuliharaan air hujan,
pencahayaan LED, tangki pukal untuk penyimpanan cecair dan forklift elektrik untuk mengurangkan pelepasan karbon.

Terletak di Taman Pembuatan Bernilai Tinggi UMW, kemudahan baharu itu adalah 3.5 kali lebih besar berbanding kilang sebelum ini di Kepong.

Menempatkan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri pembinaan serantau, kilang baharu tersebut akan mengeluarkan produk kimia pembinaan berkualiti tinggi untuk dieksport ke lebih 18 negara.

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...