Home Nasional RM31 juta diperuntuk, selenggara jalan persekutuan di Melaka
Nasional

RM31 juta diperuntuk, selenggara jalan persekutuan di Melaka

RM31 juta diperuntuk, selenggara jalan persekutuan di Melaka

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi/ BERNAMA

ALOR GAJAH, 22 Ogos– Kementerian Kerja Raya memperuntukkan sebanyak RM31 juta kepada Kerajaan Negeri Melaka pada tahun ini bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan di 64 lokasi negeri itu.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, sehingga kini terdapat 45 lokasi yang masih dalam pembaikan dan 15 telah siap.

Beliau berkata kerja-kerja penyelenggaraan, susulan Melaka sedang melaksanakan Tahun Melawat Melaka 2024 dan ramai pemimpin negara akan datang ke Melakapada mesyuarat Pengerusi ASEAN 2025, tahun depan.

\”Kebanyakan jenis kerosakan yang dikenal pasti disebabkan mendapan yang mungkin akibat banjir,faktor jalan yang semakin berusia dan laluan dilalui oleh kenderaan lebih muatan.

\”Untuk itu kita akan lakukan kerja-kerja mengukuhkan turapan jalan kerana kita bimbang bila sampai musim tengkujuh, air hujan akan membuatkan kerosakan sedia ada semakin teruk dan membahayakan pengguna jalan raya\”, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Alor Gajah.

Dalam pada itu, kementerian memperuntukkan RM1.5 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan di Kilometer 55 Alor Gajah bermula awal September dan dijangka siap pada Oktober ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....