Home Nasional Ribut landa tiga daerah di Perak, dua PPS dibuka
Nasional

Ribut landa tiga daerah di Perak, dua PPS dibuka

Ribut landa tiga daerah di Perak, dua PPS dibuka

Foto RTM

IPOH, 13 April – Beberapa kawasan di tiga daerah di Perak dilanda ribut disertai hujan lebat lewat petang tadi, menyebabkan kerosakan harta benda dan pembukaan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan penduduk terjejas.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, daerah yang terlibat adalah Perak Tengah, Hilir Perak dan Larut Matang Selama.

Di Perak Tengah, lebih 50 rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung akibat ribut yang berlaku sekitar pukul 4.49 petang.

Antara kawasan terjejas termasuk Kampung Seberang Perak, Kampung Jenderis, Kampung Kepala Pulau, Kampung Pulau Besar, Kampung Gajah dan Kampung Pasir Salak.

Sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Sungai Jejawi, Teluk Intan pada pukul 7.00 malam bagi menempatkan penduduk yang terkesan.

Di Hilir Perak, enam rumah dilaporkan rosak dan beberapa kejadian pokok tumbang turut berlaku akibat ribut tersebut.

Manakala di Larut Matang Selama, PPS Dewan Orang Ramai Taman Kaya dibuka untuk menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

Kawasan terjejas termasuk Taman Pengkalan Cemerlang, Taman Medan Pengkalan, Taman Damai, Pengkalan Air, Kampung Darus serta Batu 2 ½.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dalam kesemua kejadian, dan pihak berkuasa masih menjalankan penilaian kerosakan di lokasi-lokasi terlibat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....