Home Nasional Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan
Nasional

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan

Dr Nadzirah Zainordin

KUALA LUMPUR, 16 April- Rakyat digalak membeli dan menyokong produk tempatan bagi mendepani cabaran tarif baharu yang dikenakan Amerika Syarikat (AS).

Ketua Penyelidikan & Pengajian Siswazah UCSI University Dr Nadzirah Zainordin berkata, pada masa sama negara perlu mengambil inisiatif dengan mengurangkan kebergantungan kepada sumber asing yang turut terkesan dengan peningkatan tarif berkenaan.

\”Malaysia sendiri perlu lebih mempergiatkan aktiviti menginovasi produk-produk yang ada supaya kualiti itu lebih sama ataupun lebih baik daripada dua kuasa besar yang sedang memonopoli perdagangan dan perniagaan ini.

\”Kita juga sudah memberi sokongan kepada barang keluaran Malaysia sebenarnya, kita tidak bergantung daripada negara lain.Tetapi tahap kesedaran itu dari sudut pandang saya, dia tidak lagi mencecah tahap 80 peratus,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Wisma Berita, Angkasapuri Kota Media, di sini.

Kolaborasi bersama negara ASEAN juga perlu diperkukuh dengan mendukung pembelian produk serantau.

Perkara itu dilihat sebagai salah satu usaha penting untuk mengurangkan impak tarif serta monopoli dua kuasa besar melibatkan Amerika Syarikat dan China.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...