Home Nasional Raja Zarith Sofiah berkenan kurnia sumbangan kepada golongan memerlukan
Nasional

Raja Zarith Sofiah berkenan kurnia sumbangan kepada golongan memerlukan

Raja Zarith Sofiah berkenan kurnia sumbangan kepada golongan memerlukan

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan sumbangan sempena Hari Kebangsaan 2024 kepada asnaf Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan golongan miskin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sumbangan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor dan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor itu berupa wang tunai dan bakul makanan barangan keperluan asas yang disampaikan kepada 400 penerima terdiri daripada komuniti kurang berkemampuan daripada pelbagai kaum.

Raja Zarith Sofiah bertitah sumbangan daripada yayasan berkenaanselama ini lebih tertumpu kepada pendudukJohor sahaja.

Namun kini baginda dan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhasrat memperluas sumbangan kepada penduduk di Wilayah Persekutuan.

Raja Permaisuri Agong bertitah demikian di Majlis Pengurniaan Sumbangan sempena Hari Kebangsaan 2024 bersama-sama komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pusat Komuniti Sentul Perdana.

Baginda sebelum itu tiba dengan diiringi isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....