Home Nasional Raja Permaisuri Agong kurnia jamuan Aidilfitri kepada siswazah antarabangsa UTM
Nasional

Raja Permaisuri Agong kurnia jamuan Aidilfitri kepada siswazah antarabangsa UTM

Raja Permaisuri Agong kurnia jamuan Aidilfitri kepada siswazah antarabangsa UTM

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 31 Mac- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri kepada siswazah antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Johor Bahru hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, seramai 500 siswazah antarabangsa dari lebih 10 negara berkumpul di Blok UTM International untuk menikmati jamuan raya yang menyajikan juadah seperti nasi briyani berlauk ayam, kambing, daging, sate dan manisan selepas solat sunat Aidilfitri.

Sementara itu Naib Canselor UTM Profesor Dr Mohd Shafry Mohd Rahim, dalam ucapan menjunjung kasih atas keprihatinan Seri Paduka Baginda yang juga Canselor UTM mengurniakan jamuan berkenaan.

Beliau berharap agar pelajar antarabangsa yang tiada kesempatan pulang ke negara masing-masing dapat merasai suasana sambutan Aidilfitri di kampus.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor Hishamuddin Abd Rahim.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....